Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

DAP: Penubuhan jawatankuasa khas buang masa, laksanakan IPCMC

$
0
0

Bapa mendiang N. Dharmendran, B. Narayanasamy, Naib Pengerusi PKR N. Surendran, isteri N. Dharmendran, M. Marry dan S. Jayathas, semasa sidang media semalam. — Gambar oleh Zurairi ARKUALA LUMPUR, 30 Mei — Pengumuman penubuhan jawatankuasa khas kematian dalam tahanan diketuai Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah membuang masa, kata pemimpin DAP Gobind Singh Deo hari ini.
Kenyataan Gobind hadir selepas kematian dalam tahanan terbaru  N. Dharmendran, 32, baru-baru ini, serta mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana tidak serius dalam menangani isu tersebut dan sepatutnya  segera melaksanakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan bebas untuk mengendalikan aduan salah laku polis.
“Cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa khas kematian dalam tahanan adalah bukti jelas pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil serius terhadap kes kematian dalam jagaan polis sebelum ini.
“IGP mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Beliau perlu tekankan pelaksanaan segera IPCMC jika beliau mahu menghentikan kematian dalam tahanan,” kata Ahli Parlimen Puchong tersebut.
Peguam yang kemudiaan menjadi ahli politik tersebut juga mengganggap jawatankuasa yang dicadangkan itu hanya sia-sia dan adalah satu langkah terkebelakang memandangkan Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) sebelum ini yang mencadangkan penubuhan IPCMC.
“Sudah ada RCI yang menyebabkan kepada cadangan penubuhan IPCMC.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913