Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kerajaan Boneka: Dr M, Daim penentu debat masa depan Najib, kata wartawan veteran

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sebarang perdebatan mengenai masa depan Datuk Seri Najib Razak akan ditentukan oleh bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dan Tun Daim Zainuddin, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Menurut Kadir lagi, Dr Mahathir dan Daim telah bertemu di Putrajaya beberapa hari selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.
“Dr Mahathir, Daim dan beberapa blogger bebas akan menjadi penentu sama ada masa depan Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri akan diperdebatkan secara terbuka,” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Dr Mahathir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Kesan Positif Sekatan dan Imbangan Selepas PRU13” hari ini.
“Daim telah menemui Dr Mahathir di Putrajaya beberapa hari selepas PRU 5 Mei di mana mereka dikatakan telah membuat “review” keputusannya serta tindakan jangka pendek dan sederhana yang akan mereka lakukan,” tambah beliau lagi.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi terpaksa meletakkan jawatan setahun selepas Pilihan Raya 2008 apabila BN buat pertama kalinya hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan lima negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913