Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pasca PRU13: Selepas menang tipis, Najib mungkin tidak menamatkan sistem naungan

$
0
0
 
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 telah memberikan tamparan hebat kepada agenda reformasi ekonomi Datuk Seri Najib Razak dan perdana menteri mungkin akan berhadapan dengan “masalah sebenar” jika beliau cuba untuk menghapuskan dasar afirmatif pro-Bumiputera berusia berdekad lamanya - tindakan yang menghalang pertumbuhan perniagaan, kata perunding risiko politik.
Najib berjaya mempertahankan kuasa BN dalam pilihan raya 5 Mei lalu dan berjaya mengimbangkan Kabinetnya dengan campuran konservatif dan sederhana untuk menghalang cabaran terhadap dirinya dalam pemilihan Umno akan datang.
Najib juga berjaya membuktikan komitmennya untuk reformasi akan tetapi ujian utama apabila beliau cuba untuk memansuhkan sistem naungan yang telah berakar umbi, kata Kumpulan Eurasia dalam Financial Times semalam.
“Pemberian berdasarkan kaum dan polisi tindakan afirmatif bercanggah dengan mesej yang terkandung dalam slogan '1Malaysia ' Najib, tetapi prestasi BN dalam pilihan raya lalu menyebabkan tekanan bertambah untuk mendapatkan sokongan parti berasaskan etnik Melayu itu.
"Walaupun pilihan raya menunjukkan pudarnya sokongan kepada polisi berdasarkan kaum (dan bukannya berdasarkan keperluan) di kalangan orang muda Melayu di bandar, sekurang-kurangnya disebabkan prinsip, mengurangkan pemberian wang tunai dan untuk menghapuskan sistem naungan berusia 40 tahun itu tidak dapat diatasi oleh pentadbiran Najib," katanya.
Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dijangka berkembang sederhana pada 5.3 peratus tahun ini, Kumpulan Eurasia berkata defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut ditambah pula dengan hutang isi rumah lebih daripada 76 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mengancam mengekalkan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara itu terperangkap dalam perangkap pendapatan pertengahan melainkan jika pentadbiran Najib boleh menjalankan perubahan struktur utama.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913