Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Cerita konspirasi terhadap Nik Aziz....

$
0
0
Oleh Dinsman
Setelah Datuk Ahmad Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, dan Datuk Husam Musa tidak terlantik ke dalam saf Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru itu; di Kuala Lumpur masih terdengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan – kononnya ada konspirasi meminggirkan Tok Guru Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar yang telah disandangnya selama 23 tahun itu
.Sewaktu saya berkunjung ke pejabat Harakah pun cerita konspirasi itu masih kedengaran di situ. Di kalangan kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat pun ada yang mempersoalkan cadangan Paksi bekerjasama (menganjurkan satu program) dengan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob, dengan alasan tidak mahu bersyubhat dengan konspirasi.
Hingga saya pun menjadi hairan sendiri, mengapa pula saya yang dilihat (di kalangan kawan-kawan) lebih ‘hampir’ dengan TG Nik Aziz ini tidak pula berfikir atau terasa demikian? Padahal saya mengikuti (dari jauh) setiap perkembangan dan pergerakan TG Nik Aziz khasnya di hari bersejarah 5 Mei itu.
(Zali kawan saya merakam video pergerakan TG Nik Aziz sepanjang hari 5 Mei itu, dari pagi hingga ke malam, yang sepatutnya TG Nik Aziz mengumumkan keputusan di pejabat PAS Negeri di Bangunan Zulkifli Muhamad, Kota Bharu, malam itu tetapi beliau tidak hadir. Saya menonton keseluruhan rakaman video tiga jam itu.)
Keterkejutan orang menerima berita pengunduran TG Nik Aziz itu memang kita faham, walaupun saya tidaklah terkejut sangat, kerana berdasarkan apa yang saya selalu ikuti perkembangan hidup dan tugas Tok Guru (telah masuk tahun ke-23 menjadi Menteri Besar) yang telah mencapai usia 83 tahun, dan persoalan siapakah bakal penggantinya pun telah beberapa kali dibincangkan, maka soal kemungkinan Tok Guru akan berundur pada bila-bila masa sahaja itu memang sudah ada dalam fikiran saya. Jadi berita bahawa bukan TG Nik Aziz yang angkat sumpah pada petang Isnin 6 Mei itu tidaklah memeranjatkan sangat.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913