Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi?

Oleh Zulkifli Yahaya
Penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionaImage may be NSFW.
Clik here to view.
l (PTPTN) menjadi agenda penting dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13. Sejak mula dicadangkan sehinggalah perkara itu termaktub dalam manifesto, frasa 'hapus PTPTN' menjadi fokus utama oleh Pakatan. Frasa itu juga yang dikutip oleh BN sebagai modal untuk terus mengelirukan rakyat.

Dalam media massa, ceramah, perang saraf dan gerak kempen BN mereka menempelak cadangan Pakatan itu dalam bentuk persoalan yang sangat pandir, "Jika PTPTN dihapuskan, macam mana anak Melayu yang miskin nak meneruskan pengajian di IPT?". Mungkin kita akan ketawa dengan kedunguan mereka memahami maksud 'hapus PTPTN' namun jangan menolak hakikat bahawa kedunguan yang disengajakan oleh para pemimpin Umno untuk memanipulasi isu tersebut telah berjaya menipu jutaan pengundi Melayu. Sejuzuk orang Melayu yang buta isu semasa (yang hanya mendapat maklumat dari TV3 dan RTM semata-mata) khuatir sepenuhnya terhadap cadangan Pakatan tersebut. Mereka yang segolongan itu, sekalipun mungkin kurang cerdik, tetapi tetap memiliki hak mengundi. Mereka adalah antara yang menyumbang kepada kemenangan BN.
Bukankah fokus yang sepatutnya dibuat Pakatan ialah memberi, pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi - ganti PTPTN dengan biasiswa dan tidak perlu bayar balik!
'Hapus PTPTN' sengaja dijadikan muqaddimah ulasan kali ini untuk berhujah bahawa, ada kalanya kita tersalah memberi fokus.

Pasca PRU13, rakyat Malaysia serta dunia dikejutkan dengan kegagalan Pakatan menawan Putrajaya sekalipun semua petunjuk sebelum PRU menjelaskan bahawa Pakatan sudah menguasai majoriti. Mood rakyat secara tampak, dikuasai oleh Pakatan sepanjang tempoh PRU hinggalah di saat-saat terakhir sebelum hari mengundi. Ditakdirkan Pakatan hanya menang undi popular (tepat seperti kajian yang dibuat oleh beberapa badan professional) tetapi kalah jumlah kerusi dimenangi yang dibuat berasaskan sempadan pilihanraya.
Maka muncul gerakan baru selepas PRU, yang menyandarkan kekalahan Pakatan di tangan BN disebabkan penipuan yang berlaku sepanjang proses mengundi dan mengira undi. Antara yang dilibatkan ialah dakwat kekal yang tidak kekal, penipuan daftar pemilih dan penipuan dalam pengiraan yang dibantu oleh kejadian padam lampu sehingga gerakan membantah itupun dinamakan sempena kejadian tersebut iaitu Blackout 505. Soalannya, adakah fokus terhadap 'penipuan pilihanraya' itu betul sebagai punca utama kekalahan Pakatan di Pusat?
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913