Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kes Pukul: Kit Siang persoal mengapa Zahid tidak dikenakan tindakan jenayah

$
0
0
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.
Lim mendakwa Ahmad Zahid (gambar) pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata.
“Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu,” tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut.
Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913