Pemuda
PAS mempersoalkan tindakan Umno yang berdiam diri terhadap kenyataan
MCA Segamat yang disifatkan tidak sensitif terhadap adat resam dan
kepercayaan setempat apabila mempertahankan acara tarian gelek separuh
bogel di sebuah pasar raya.
Mengulas kenyataan Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee sebelum ini, setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil menyindir, "di mana suara pemimpin Umno yang lantang memperjuangkan Islam selama ini".
"Di mana suara-suara ulama mereka serta pemimpin NGO mereka yang kononnya begitu tegar mahu Islam dilaksanakan," katanya.
Harakahdaily Isnin lalu melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel di hadapan 500 penonton, termasuk anak kecil, oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara pada 1 Jun.
Mengulas perkara itu, Dr Lee kelmarin antaranya berkata, bantahan PAS kawasan itu menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.
sementara itu, dalam kenyataannya petang semalam, Khairul Faizi juga mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak bertegas kepada MCA Segamat sedangkan pernah berkeras dengan pihak yang mempertikaikan sistem pilihan raya Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>