Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa ‘formula’ penyelesaiannya?

$
0
0
Oleh Aspan Alias
Umno Negeri Sembilan merupakan Badan Perhubungan yang pertama mengunjurkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Unjuran ini adalah unjuran yang begitu “familiar” dalam Umno sejak lebih dari dua puluh tahun dahulu dan seruan seperti ini jika dipandang dari satu sudut ia tidak perlu diambil kira atau di berikan perhatian. 

Sejak pemilihan tahun 1987 dahulu dan setelah Umno asal itu dibunuh, dan wujudnya Umno yang sekarang ini, berbagai-bagai keadaan telah kita lihat dalam isu pemilihan kepimpinan Umno itu. Perpecahan itu bermula apabila pihak yang memenangi pemilihan itu ,menjadi “sore winner”. Pihak yang memenangi pemilihan itu, telah menentang pucuk pimpinan semasa itu dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan perlembagaan parti semasa itu membenarkan mana pihak dan ahli menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan jika merasakan boleh membetulkan keadaan yang tidak betul dalam parti.
Selepas sahaja wujud Umno yang baru pada 1988 dahulu, telah diwujudkan sistem bonus. Seseorang yang mendapat pencalonan Presiden, misalnya akan secara otomatik mendapat sepuluh undi bonus dan seseorang yang ingin mencabar kepimpinan Tertinggi perlu mendapat 30 peratus dari jumlah bahagian Umno yang wujud dinegara ini.
Selepas itu wujud pula sistem yang seseorang yang ingin mencabar jawatan Tertinggi terpaksa mendaftarkan niat mereka terlebih dahulu. Berbagai-bagai cara pimpinan Tertinggi lakukan untuk mereka susah dicabar dan semasa itu bermulalah kematian demokrasi secara terus-terusan dalam Umno. Parti itu melebihkan usaha untuk memagar dan menjaga kepimpinan parti dari menjaga kehendak ahli dan sampailah sekarang berbagai-bagai cara untuk tidak membolehkan Presiden itu dicabar.
Slogan “Malaysia Boleh” itu boleh diaplikasikan dalam apa jua perkara. Yang tidak boleh hanya bertanding jawatan Presiden Umno sahaja. Kenapa ini semua berlaku? Ia bermula apabila yang menang menjadi “sore winner” dan segala rancangan untuk menyekat kemaraan orang yang baik dan “viable” untuk Umno diberikan tumpuan sehinggakan Umno itu sudah tiada kepimpinan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913