Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tipu PRU: Ahli Parlimen Pakatan akan boikot taklimat Parlimen

$
0
0

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.
Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya apabila dihubungi di sini.
Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.
Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913