Bagus juga cadangan agar ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot takilmat
parlimen yang akan diadakan Selasa depan. Tindakan itu seperti mana
kata ketua pemuda pusat DAP Anthony Loke sekurang-kurang memberi tekanan
ke atas pihak kerajaan berhubung usaha Pakatan Rakyat yang mahukan
pilihan raya bersih.
Walaupun tindakan itu bukan menggambarkan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen, tetapi ia merupakan satu tindakan meneruskan protes. Ketika ini Pakatan Rakyat sedang melakukan protes terhadap pilihan raya yang baru lalu yang dianggap penuh dengan penipuan dan ketidak adilan.
Sebelum ini telah diadakan beberapa siri himpunan dikenali dengan Black505. Himpunan itu tidak akan memberi apa-apa erti kalau ia terhenti di situ saja. Apa lagi kalau selepas ini semua ahli parlimen menghadiri sidang seperti biasa. Satu himpunan raksasa dirancang pada pertengahan bulan depan.
Pandangan Anthony itu nampaknya disokong oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan. Sikap DAP dan PKR mengenai protes ini konsisten berbanding dengan ahli parlimen PAS yang kelihatan tidak semua sekata. Yang menjadi persoalan kini bagaimana penerimaan ahli parlimen baru PAS khasnya di kalangan pemuda yang kini sudah pun ada yang bercakap sumbang?
Read More / Baca Lagi >>