Kalau
sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan
rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi
adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari
kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri.
Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh
jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO
ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO
tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu,
bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk
calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA
memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah
ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana
sangat?
PARTI | UNDI | PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN) |
UMNO | 3.24 | 2.75(85%) |
PBB | 0.23 | 0.09(40%) |
MCA | 0.89 | 0.13(15%) |
MIC | 0.29 | 0.03(10%) |
jumlah | 4.65 | 3.00 |
Berapa
pengundi
Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu
untuk
MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu.
Jumlahkan
semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta
sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta
sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan
dari jumlah semua pengundi berapa?
Read More / Baca Lagi >>