Shahbudin Husin
Dalam
pilihanraya umum yang lalu, Najib telah mencipta sejarah dengan
meletakkan 4 orang Setiausaha Politiknya sebagai calon pilihanraya.Ini
merupakan jumlah teramai yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana
Perdana Menteri sebelum ini. Mereka ialah Fatmi Che Salleh di Kota
Bharu, Sahlan Ismail di Pokok Sena, Shafei Abdullah di Wangsa Maju dan
Sufian Awang di Kuantan. Namun kesemua mereka telah kalah dan ditolak
rakyat.Di sebalik desakan ramai
yang mahu Najib mengganti kesemua Setpolnya itu dan mengganti dengan
orang baru, terdapat juga antara mereka ini yang sedang giat melobi
untuk terus kekal berada di beranda kuasa di Jabatan Perdaana Menteri.
Antaranya ialah Sahlan dan Sufian yang menjadi percakapan ramai dalam
UMNO sedang berusaha ke arah itu.
Namun
seorang lagi Setpol Najib di Kementerian Kewangan iaitu Shafie Abdullah
lain pula perangainya. Setelah kalah dalam pilihanraya lalu di Wangsa
Maju kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan 5511 undi,
beliau kini sedang mengatur strategi mendesak Najib agar memberikannya
jawatan Senator pula.
Beliau
melalui UMNO Wangsa Maju yang dipimpinnya sedang menyiapkan satu
memerandum desakan kepada Perdana Menteri kononnya daripada akar umbi
UMNO Wangsa Maju yang mahukan jawatan Senator diberikan kepadanya
setelah kalah dalam pilihanraya lalu.
Pejabat
UMNO Wangsa Maju kini sedang giat menghubungi Ketua-ketua cawangan,
Ketua Pemuda cawangan, Ketua Wanita Cawangan serta Ketua Puteri
Cawangan, selain AJK Bahagian 4 Peringkat untuk mendapatkan tandatangan
sokongan kepada memorandum itu yang mahu dihantar dengan seberapa
segera kepada Najib.
Kandungannya
ialah tidak lain mahukan Shafie diberikan jawatan Senator atas alasan
kononnya beliau merupakan pemimpin paling berwibawa dalam UMNO Wangsa
Maju selama ini dan antara yang terbaik di Wilayah Persekutuan,
walaupun hakikatnya kekalahan BN di Wangsa Maju lebih tinggi berbanding
2008. Pada 2008, calon BN Wangsa Maju Yew Teong Look kalah cuma 150
undi tetapi dalam pilihanraya lalu Shafie kecundang dengan 5511 undi.
Read More / Baca Lagi >>