Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

UMNO sudah sedar, jangan berniat jahat pada Raja Melayu lagi..!!

$
0
0
Isu yang sangat ‘seditious’ terhadap Yang Di Pertuan Agong sangat perlu dipantau dengan serius kerana kita tidak mahu sistem dan Institusi Raja-Raja Melayu itu dicemarkan. Tindakan beberapa orang yang mempersoalkan kedudukan dan pandangan Yang Di Pertuan Agong melalui facebook baru-baru ini adalah tindakan yang amat besar implikasinya terhadap kedaulatan negara kita.
Walaubagaimana pun saya tidak mengikuti apa yang mencetusi isu ini menjadi isu yang besar, kerana isu Raja Berpelembagaan ini sudah menjadi isu yang dibangkitkan setiap hari melalui saluran TV perdana kita. Banyak program-program khas disiarkan dan yang terakhir saya lihat ialah semalam melalui program Perdana Hal Ehwal Islam, TV1.
Dalam titah ucapan baginda Tuanku Yang Di Pertuan Agong beberapa hari yang lepas, YDP Agong telah menasihati semua pihak untuk menerima keputusan pilihanraya baru-baru ini. Anwar memberikan reaksi yang pihak pembangkang akan terus mengadakan perhimpunan itu sehingga mencapai matlamat mereka.
Berikutan kenyataan Anwar itu maka pihak kerajaan telah memberikan reaksi terhadap kenyataan Anwar itu dengan bersandarkan kepada titah ucapan Tuanku Yang Di Pertuan Agong itu. Maka fahamlah kita semua kenapa program saluran TV dan program-program lain yang bersifat tata rakyat diadakan untuk menekankan betapa kemuliaan kedudukan Raja-Raja Melayu itu wajar dijaga dan dipertahankan.
Tetapi apabila saya mengikuti program yang saya akui baik ini, saya tidak boleh melupakan apa yang berlaku pada tahun 1993 dahulu semasa krisis perlembagaan terbesar dalam sejarah negara kita. Apabila ahli-ahli panel membincangankan isu ini, saya secara otomatik teringat kepada hebatnya krisis semasa itu yang dilakukan oleh UMNO terhadap Raja-Raja Melayu genap dua puluh tahun dahulu.
Semasa itu pimpinan UMNO telah mencerca Institusi Raja-Raja Melayu hanya kerana kuasa dan keluhuran Majlis Raja-Raja semasa itu mungkin menyebabkan UMNO dan pimpinan akan kehilangan kuasa. Tindakan UMNO yang telah memecahkan banyak institusi demokrasi semasa itu memungkinkan Majlis Raja-Raja bertindak dengan adil sebagai Raja Berpelembagaan itu dan keadilan Majlis Raja-Raja itu akan menundukkan UMNO yang hampir terkubur semasa itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913