Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR:
Rakyat kini sedang dipertonton pula dengan episod kenyataan bercanggah
antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat
kekal.
Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Ianya berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.
Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.
Sebelum ini Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.