KUALA LUMPUR:“Inilah watak kerakusan kuasa Tun Mahathir yang tidak pernah kenyang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu sentiasa lapar dengan kuasa, tidak seperti Perdana Menteri yang lain, apabila bersara tidak banyak hendak campur tangan dalam pentadbiran negara.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang telah ‘berwasiat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jangan memberi muka kepada pembangkang.
Ayah kepada Menteri Besar Kedah itu dilaporkan menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibu negara semalam.
Bagi Idris, selama 22 tahun Mahathir mentadbir negara, hancur segala-galanya daripada sistem kehakiman, demokrasi, hak asasi, ekonomi, rasuah, penghinaan pada hukum agama, ulamak dan politik.
“Rakyat jangan terkejut tindakan yang akan diambil oleh Najib apabila beliau mengikut skema yang telah dicadang oleh Tun. Beliau di dalam keadaan yang goyang, sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>