Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR) dianggap tidak layak untuk
mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan kerana ekoran rekod
buruknya dalam pilihan raya lalu.
Sehubungan itu, kajian badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mencadangkan agar Suruhanjaya Persempadanan ditubuhkan bagi menjalankan tugas ini sebagaimana yang dibuat dibeberapa negara.
"Suruhanjaya Perwakilan yang diadakan di New Zealand, khususnya, boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mengadakan sebuah badan yang berkebolehan dalam menyemak semula dan menggariskan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya yang saksama, sebagai langkah pertama merealisasikan prinsip satu orang satu undi yang sama nilai yang ideal dalam sistem pilihan raya yang demokrasi," cadang KPRU dalam kenyataannya.
Di bawah perkara 113 Perlembagaan Malaysia, pilihan raya di Malaysia adalah diuruskan oleh satu badan khas yang telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan badan ini dinamakan Suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR).
Antara tugas SPR termasuklah menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil, serta menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.
SPR juga bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya dengan melibatkan bidang kuasa pentadbiran pejabat tanah dan daerah dan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Read More / Baca Lagi >>