Apabila saat-saat dekat
nak pilihanraya, para pemimpin Umno mulalah menunjukkan sikap gabra dan
ketidaktentuanhala mereka,, kadang-kadang sasau dan merapu, melulu macam babi
hutan.
Tindakan-tindakan bodoh
dan memalukan ini turut disokong dan didokong oleh ulamak-ulamak pengampu mereka,
termasuk tuan-tuan Mufti yang seratus peratus menyokong mereka. Demi
kepentingan diri, kedudukan dan habuan dunia,
mereka ini mereka sanggup menjadi bodoh atau diperbodohkan?
Terbaru – isu amanat Haji Hadi @ Haji Hadi tuduh Umno
kafir. Mereka mendakwa kononnya TG Haji Hadi telah
menuduh orang Umno kafir semasa beliau
memberi ceramah politiknya pada tahun 1981 di Terengganu lebih tiga dekad yang
lalu. Mereka juga mendesak agar TG Haji Hadi menarik balik kenyataannya
itu. Kah, kah! kah !!
balik-balik cerita lapok itu juga yang diulangtayang, balik-balik cerita basi itu juga mahu
disajikan!, demikianlah bangang dan
biulnya orang Umno. Mereka ingat Haji Hadi itu budak tadika boleh digertak dan diugut
?