SABAK BERNAM - Selepas 47 tahun menanti, seorang penduduk di Kampung
Teluk Kemboja gusar apabila permohonan warganegara masih menjadi tanda
tanya dan tidak mendapat respons pihak berkenaan.
Bahran Yahya,59, berkata permasalahan tersebut bermula apabila ibu dan ayahnya berhijrah ke Indonesia bagi menguruskan kebun sekitar 1951.
“Saya dilahirkan di Indonesia ketika ibu dan ayah menguruskan kebun di sana, menyebabkan saya tidak mendapat taraf warganegara setelah pulang ke Malaysia sebaik ayah meninggal dunia.
"Saya berulang kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan status permohonan warganegara namun sehingga kini tiada kata putus diberikan malah diminta terus menunggu," katanya.
Menurutnya, permohonan tersebut dibuat sejak 1965, namun sehingga kini, statusnya masih terus menjadi tanda tanya.