Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kes Zunar lawan k’jaan Malaysia, polis ditangguhkan

$
0
0
tangkapanKUALA LUMPUR. 18 JUN: Kes rayuan kartunis Zunar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibicarakan semula hari ini ditangguhkan.
“Hakim hari ini menangguhkan perbicaraan tersebut kerana mahu menyemak beberapa perkara berkaitan rayuan ini,” kata Sivarasa Rasiah, salah salah seorang peguam mewakili Zunar kepada Keadilandaily.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque membuat rayuan membatalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan tangkapan dibuat polis terhadapnya dibawah Akta Hasutan pada 2010.
Beliau sebelum ini mengemukakan saman terhadap PDRM dan kerajaan Malaysia kerana membuat ‘tangkapan berniat jahat’ dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku ‘Cartoon-O-Phobia’ pada 24 September 2010.
Dalam kejadian tersebut, beberapa naskah buku dan lukisan asal kartun dirampas dan Zunar turut ditahan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913