Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Calon KEADILAN parlimen Seri Aman terima anugerah Geneva (Global Human Rights Defenders Award)

$
0
0
Nicholas Mujah - CopyKUALA LUMPUR, 18 JUN: Bekas calon KEADILAN parlimen Seri Aman, Sarawak, Nicholas Mujah menerima anugerah Pembela Hak Asasi Global (Global Human Rights Defenders Award) dari International Foundation for the Protection of Human Rights Defenders (FrontLine), Geneva, lapor Sarawak Report di laman facebook mereka hari ini.
Nicholas Mujah merupakan bekas calon KEADILAN bagi kawasan parlimen P202 Seri Aman dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu
Menurut Sarawak Report, Nicholas yang memenangi anugerah itu pada 2010, pernah dilarang keluar negara sehingga memenangi anugerah tersebut.
Nicholas yang berketurunan Iban telah memperjuangkan hak orang Asal di Sarawak berhubung tanah adat semenjak 1980.
Pada Oktober 2010, beliau ditahan bersama enam penduduk kampung di Sebuyau, Sarawak kerana menghalang syarikat balak, Quality Concrete Holdings dengan mendirikan halangan.
Nicholas yang juga ketua rumah panjang di Sebuyau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan ahli Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
Beliau masih meneruskan kerja bersama komuniti Iban yang juga kawasan kampungnya sendiri memperjuangkan hak tanah adat dari diambil syarikat balak, Quality Concrete Holdings.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913