Ahmad Deniel Roslan
Baru-baru ini, pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). JAG mendesak agar satu usaha pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Malaysia. (http://www.themalaysianinsider.com/print/rencana/pemansuhan-undang-undang-kesalahan-jenayah-syariah-jag/)Gesaan JAG ini menampakkan satu manifestasi akan ketidakfahaman/kejahilan mereka akan hukuman sebat di dalam Syariah Islam dan praktikalnya di Mahkamah Syariah Malaysia.
Asasnya, hukuman sebat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysian adalah ‘dikurniakan’ di dalam Perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Maka, secara Perlembagaanya, hukuman sebat syariah ini disokong/diasas oleh Perlembagaan Persekutuaan dan bukanlah hukuman yang tidak sah. Di dalam Islam, Hukuman sebat ini, jika ditelusuri di dalam perundangan Islam adalah merupakan salah satu bentuk hukuman 'takzir' yang mana diperuntukkan kepada pemerintah.
Hukuman ‘sebat’ yang didakwa oleh JAG sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia dan dianggap sebagai satu perbuatan kejam di dalam isu ini tidak mempunyai asas dan tidak lebih sekadar dakwaan melulu tanpa melihat secara ilmiah dan praktikalnya akan ‘hukuman sebat’ yang diamalkan di Mahkamah Syariah, yang nyata berbeza dengan hukuman sebatan di Mahkamah Sivil(C0mmon law).
Hukuman Sebat di dalam Undang-Undang Sivil tidak dinafikan melanggar prinsip hak asasi manusia dan dilihat sebagai kejam dari segi perlaksanaanya. Perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah adalah jelas menjaga maruah/kebajikan/mendidik pesalah dan bukanlah bersifat kejam sepertimana hukuman sebat di dalam Mahkamah Sivil.
Read More / Baca Lagi >>