Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

'Mansuh undang-undang jenayah syariah gesaan sempit'

$
0
0
Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius akan gesaan memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang dibuat oleh The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berhubung isu mengenakan sebatan Syariah ke atas pesalah sumbang mahram dan zina. Seramai 22 daripada 39 pesalah dilaporkan wanita.

Wanita ISMA merasakan gesaan tersebut dibuat dari kacamata sempit feminisme dan liberalisme yang gagal melihat isu tersebut secara menyeluruh kerana ia melibatkan dosa besar dalam undang-undang Syariah, iaitu sumbang mahram dan zina.
 Sumbang mahram adalah hubungan seks/kelamin di antara dua individu yang diharamkan berkahwin oleh syariat agama.

JAG gagal mempertimbangkan faktor di mana kajian di antara tahun 2000-2008 menunjukkan Selangor dan Johor merekodkan kes tertinggi sumbang mahram, iaitu sebanyak 308 kes.
Menurut penolong pengarah kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Mohd Zambri Kambari, sebelum ini, kesalahan tersebut hanya didenda membayar RM5,000 atau penjara 3 tahun.

Nyata, kedua-dua hukuman ini, yang mungkin dianggap ringan gagal menghalang kes-kes sebegini daripada terus berlaku. Sumbang mahram, jika tidak dibendung, melahirkan natijah yang lebih buruk iaitu dengan merosakkan susur galur keturunan salasilah keluarga, terutamanya jika hubungan tidak sah ini melahirkan zuriat.
Anak-anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram juga terdedah kepada trauma psikologi.

Wanita ISMA menyokong tindakan JAIJ dalam menguatkuasakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri Johor kerana ia dilakukan mengikut garis panduan yang mematuhi sebatan Syariah. Sebatan Syariah ini memerlukan wanita hanya di dalam keadaan duduk, tidak seperti lelaki yang terpaksa berdiri.

Ini adalah bukti di mana Islam masih menjaga kehormatan wanita, tanpa mengorbankan prinsip asas setiap yang bersalah mesti dihukum, tanpa mengira jantina. Hukuman ke atas wanita juga boleh ditangguhkan sekiranya mereka mengandung atau masih menyusukan bayi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913