Mekanisme perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu
tanpa mencapai matlamatnya. Tampaknya idea atau pendekatan Umno yang
lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai
sasaran dan menjadi kenyataan, Kebobrakan perpaduan atau solidariti di
dalam BN yang diungguli Umno yang kalut hari ini membuktikan hakikat
itu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang
diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan
Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas
pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya
membuktikan akan kegagalan mekanisme perpaduan nasional Umno itu.
Katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.
Menurutnya itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan bukan saja kesilapan tetapi kecetekan akal orang Melayu dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.
Suara Mohd Noor itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina). Ini tentunya implikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.
Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina.
Read More / Baca Lagi >>