Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Agenda Melayu yang disembunyi oleh UMNO

$
0
0
Zaid Ibrahim menulis mengenai agenda Melayu yang mesti diditakrifkan semula.Redefining the Malay Agenda. Ianya suatu tulisan yang menyindir pemimpin2 UMNO supaya jangan lagi berfalsafah mengenai agenda Melayu. Atau mencari kambing hitam bila ahli UMNO gagal melihat bahawa masaalah mereka disebabkan oleh pimpinan UMNO sendiri.
Begini lah nasib orang Melayu. Agenda nya  berterusan diberi makna yang baru, tapi keadaan tidak juga berubah. 8.7 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan. 7 juta sudah menerima BR1M kerana mereka berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Melayu tetap dengan keperangaian ke2 mereka yakni kemiskinan. Kemiskikan itulah sifat yang terutama lagi utama.  80 tahun lebih semenjak Zaaba menulis perihal kemiskinan orang Melayu, UMNO gagal menyelesaikan agenda utama Melayu.
Dan pemimpin UMNO tidak habis2 berdebat dan menjerit mengenai agenda Melayu. Hello- agenda Melayu bukan lah menjaga bahasa Melayu, menjaga agama Islam mereka, menjaga institusi raja2 mereka. Ini adalah topeng yang digunakan oleh puak feudal UMNO. Selagi orang Melayu ada dan saluran penyampaian tetap menggunakan bahasa Melayu- hiduplah bahasa mereka. Tengku Aziz dan Nazir Razak berkomunikasi sentiasa dalam bahasa Inggeris, tidak ada pun UMNOnistas menjerit terpekik terlolong.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913