Pakatan Rakyat (PR) akan membawa isu jerebu yang semakin kritikal di
negara ini ke Parlimen yang akan bersidang esok dan bersedia bekerjasama
dengan Barisan Nasional (BN), bagi memastikan masalah berkenaan tidak
akan berulang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Jawatankuasa Kabinet perlu berbincang dalam kadar segera bagi mengatasi masalah jerebu, dan bukannya menunding jari mencari kesalahan mana-mana pihak.
"Keaadaan semakin gawat, apa sahaja langkah yang perlu diambil perlu dilaksanakan," kata pemimpin pembangkang itu ketika sidang media selepas berucap di majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma, Ampang di sini.
"Buka setakat menunding siapa salah, kedua-duanya, Malaysia dan Indonesia perlu bersidang dan mencari penyelesaian," kata Ketua Umum PKR itu lagi, dan menambah tindakan segera juga perlu diambil terhadap syarikat Malaysia di Indonesia yang dikatan terlibat menjadi punca kepada masalah jerebu.
"Syarikat kroni Malaysia terlibat, dan Malaysia perlu bertindak."
Read More / Baca Lagi >>