Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pakatan tidak tolak TPPA, perlu penelitian lebih jelas, kata Anwar

$
0
0
Pakatan Rakyat (PR) tidak menolak pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akan tetapi  jelasnya, PR perlu meneliti mana-mana peruntukan dalam rundingan perjanjian berkenaan yang tidak merugikan negara.
"Saya tahu ada pandangan keras dalam perkara ini tapi dalam PAS, PKR, DAP, kita pada prinsipnya tidak menolak sebarang bentuk perjanjian, tetapi peruntukan yang membebankan rakyat atau mengalih kuasa negara kepada negara kaya," kata Anwar semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Ampang, di sini.
PR, jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi mengambil sikap lebih terbuka, dan sedar akan kebergantungan Malaysia terhadap Pelaburan Asing Langsung (FDI), dan tindakan menolak pelaksanaan TPPA juga jelasnya bukanlah satu tindakan wajar.
"Kita ambil sikap lebih objektif, ada hujah kuat pasal TPPA ini kerana Malaysia tidak seperti negara lain, banyak bergantung kepada FDI ... menolak sama sekali juga tidak wajar, tetapi membebankan syarikat juga tidak wajar," kata Ketua Umum PKR itu lagi.
"Malaysia perlu berdiri lebih berani kalau meneruskan rundingan ini," tegasnya lagi.
Beliau kemudiannya turut berkata panel PR perlu berbincang dan meneliti keperluan pindaan dalan rundingan, agar perjanjian TPPA itu tidak menjejaskan negara.
"Panel PR perlu bina satu konsensus supaya perlu melihat peruntukan mana perlu diteliti semula supaya perundingan TPPA tidak menjejaskan negara," tambahnya.
PR sebelum ini menggesa agar sebuah Jawatankusa khas Pilihan Parlimen (PSC) diwujudkan untuk perjanjian berkenaan ekoran masih wujud rasa tidak berpuas hati  kerana perjanjian itu jelas mereka tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913