DAP hari ini menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa
menjadi 'hipokrit sebenar' dengan menyatakan pilihan raya umum lalu
bersih dan adil sekalipun bukti menunjukkan sebaliknya.
Dalam kenyataan, Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming mendakwa SPR menunjukkan sikap hipokrit apabila enggan mengakui
bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, perpindahan pengundi berlaku
sewenang-wenangnya, persempadanan menyebelahi BN dan SPR tidak
menguatkuasa peraturan pilihan raya.
Ahli parlimen Serdang itu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum lalu.
Berdasarkan fakta, katanya, pelbagai tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat - menganjurkan perhimpunan bantahan, memfailkan petisyen, menyuarakan parlimen - tindakan konsisten dengan hasrat mereka demi mewujudkan ketelusan, adil dan sistem pilihan raya yang bersih.