Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya
merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi
majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi
milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.
Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi
milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar
meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak
mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis
menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh
seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.
Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.
Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.
Setakat hendak sebut jumlah kerusi dari PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian. Apakah kalau Pakatan Rakyat mendakwa mereka akan merampas 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak, manakala tujuh atau lapan kerusi di Johor di samping menambahkan satu di Pahang, satu Melaka dan dua di Perak?
Read More / Baca Lagi >>
Ahmad Maslan: Syok sendiri? |