Gobind
KUALA
LUMPUR, 24 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran
menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan memberi respon kepada
tuduhan berat Deepak Jaikishan terhadap beliau berkaitan kes pembunuhan
Altantuya Shaariibuu.
Saranan itu disuarakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berikutan langkah yang dicadang Perdana Menteri supaya calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti ditapis terlebih dulu bagi membersihkan imej BN.
Gobind berpendapat demi membersihkan imej parti berkenaan, BN mesti tidak lagi menimbulkan sebarang curiga dengan dakwaan yang boleh memberi kesan kepada parti itu pada PRU-13.
“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.
Read More / Baca Lagi >>