Teo Nie Ching
KUALA
LUMPUR, 24 DIS: Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya
yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
“Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin,” kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.
Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.
“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an,” ujar Nie Ching.
Read More / Baca Lagi >>