Image may be NSFW.
Clik here to view.
Anggota Tentera
turut membantu membawa penduduk Kampung Gong Duek, Besut Terennganu
untuk keluar selepas Jalan Pasir Akar ditutup akibat banjir. - Foto
BernamaClik here to view.

Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.
Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).