Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kali ini Ahmad Maslan pula melawak

$
0
0
Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang di pegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.
Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah di alaminya sejak merdeka.
Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913