Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di kedua-dua negeri
pantai timur itu meningkat malam ini.
Jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah 19,958 orang malam ini berbanding 17,443 petang tadi.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Terengganu adalah yang paling buruk apabila mangsanya meningkat kepada 11,489 orang malam ini berbanding 10,412 petang tadi.
Sebanyak 147 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah di negeri itu iaitu di Besut, Setiu, Kemaman, Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Laman portal MKN juga melaporkan empat jalan ditutup di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu, dari Kampung Dendang ke Jerangau/Jabor dan Jalan Sungai Ular ke Atfa Cottage (Bulatan Jabor) serta masing-masing satu di daerah Kemaman dari Jalan Sungai Ular ke Cherating dan daerah Dungun dari Jalan Bukit Besi ke Dungun.
Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut diJambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaru, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumahan Bukit Mentok pada 2 petang.
Read More / Baca Lagi >>