(Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating)
KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang.
Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air yang hampir mencecah lantai masjid.
(Masjid Cherating yang ditenggelami air)
Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>