Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Krisis Syria: Duta Khas PBB temu pembangkang

$
0
0
DAMSYIK - Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengadakan pertemuan dengan pembangkang yang diterima kerajaan bagi membincangkan formula penyelesaian krisis sedang melanda negara itu.
Beliau mengadakan perbincangan di salah sebuah hotel di sini bersama enam delegasi, dipimpin Ketua Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan Perubahan Demokratik (NCCDC),  Hassan Abdel Azim, kumpulan pembangkang diiktiraf Presiden Syaria, Bashar al-Assad.
Hassan berkata, Brahimi akan berada di Syria sehingga Ahad ini dalam usaha memperoleh persetujuan antarabangsa bagi menamatkan krisis.
Timbalannya, Raja Nasser berkata, “satu-satunya penyelesaian krisis  ialah mewujudkan sebuah kerajaan peralihan yang memegang segala kuasa."
“Penyelesaian politik merupakan satu-satunya penyelesaian dan ini bermakna perlunya penubuhan rejim demokratik baru bukannya rejim semasa,” katanya.
Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC) berkata, "ketibaan Brahimi di Damsyik tidak akan menyelesaikan krisis."
Brahimi telah membuat sedikit kemajuan bagi menamatkan konflik sejak memulakan tugasnya Ogos lalu.
Lebih 40,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan Syria bermula Mac 2011.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913