KLANG: Polis sedang
memburu seorang orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri dari Kompleks
Mahkamah Klang semalam sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Azman Abd Razak berkata
A. Viswanathan, 34, atau dikenali sebagai Elumba, lari dalam keadaan
bergari pada pukul 3.45 petang Rabu selepas didakwa atas tuduhan
membunuh dan mencuri kenderaan serta memiliki barang curi.
Azman berkata sebutan semula kes tahan itu ialah pada 21 Jan depan.
Berikutan
kes itu, Azman berkata seorang anggota polis berpangkat Korporal dan
seorang Lans Korporal ditahan reman hingga 30 Dis bagi membantu siasatan
kerana cuai hingga menyebabkan tahanan melarikan diri.
- Bernama