KUALA LUMPUR, 27 Dis — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan
berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global
Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah
rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah.
Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan.
Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema “Selamatkan Felda” akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman.
ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka.
Read More / Baca Lagi >>