Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya
menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan
berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.
Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.