Sekumpulan
pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang sedang
tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit.
Awal
tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan
pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan
cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.
Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu
namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah
melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik
yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada
bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.
Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?
Apakah langkah2 untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk mereka benar2 memakan masa yang sangat panjang?
Untuk perhatian anda, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters
pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan gambar ini merujuk
kepada quarters guru. Jika quarters guru pun “seperti ini” bagaimana
pula keadaan nya dengan hostel para pelajar ini agaknya?