Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Berita Lucu 2013 : Azam Najib...Janji Di Capati...!!!!

$
0
0
PULUHAN ribu orang menyaksikan persembahan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2013 di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya, malam tadi. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
 
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.
Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.
“Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.
Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.
Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.
Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.
“Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.
“Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913