Dalam
operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan
lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami
isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang
masih belum bernikah. BATU PAHAT:
Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang
kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan
ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.
“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.
Read More / Baca Lagi >>