SHAH ALAM: Polis
menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana
menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di
Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang
ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam
lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.
"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.
"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.
"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Read More / Baca Lagi >>