KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan
tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala
Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan
Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.
“Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato’ Menteri Besar di Ijok di sini.
Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air masih milik Kerajaan Negeri.
Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan.
Read More / Baca Lagi >>