KUALA SELANGOR, 6 JAN :Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kutipan premium tanah meningkat kepada RM800 juta berbanding RM300 juta sebelumnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan perolehan yang semakin meningkat itu maka ia menuntut kepada sistem penyimpanan yang efektif di mana hasil daripada simpanan itu dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat ketika ditimpa bencana alam.
Katanya dengan adanya sumber ini maka ia memudahkan Kerajaan Negeri menggunakan wang tersebut di waktu kecemasan.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyimpanan rekod dan data penerima bantuan bencana yang bersistematik dan memudahkan untuk tindakan selanjutnya.
“Kita mempunyai semua rekod dengan apabila RM2juta kita memberikannya, kita mempunyai dua juta rekod tersebut.
Read More / Baca Lagi >>