PETALING JAYA, 7 JAN : Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan
menggemblengkan 300,000 penyokong sebagai usaha untuk menghimpunkan
sejuta rakyat di Kuala Lumpur pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu
ini,
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, PR Selangor sentiasa komited terhadap usaha menggembleng suara rakyat bagi menyatakan pendirian berhubung isu pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.
Justeru katanya, himpunan yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka itu nanti merupakan wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap pentadbiran Kerajaan Umno-BN.
“Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini yang bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>