KUALA TERENGGANU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu meminta
orang ramai di beberapa kawasan di Pantai Timur tidak panik dengan
khabar angin bahawa ribut tropika Sonamu akan mencetuskan angin kencang.
Setiausaha Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur itu semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara.
"Mengikut ramalan, jika ribut tropika itu melanda, ia boleh menyebabkan banjir besar dan dijangka lebih teruk dari gelombang pertama," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, pemantauan mendapati ribut tersebut berpusar di tengah laut dan menjauhi kawasan persisiran pantai.