Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Zaid jadi pro-Anwar, kritik Dr M kerana hentam Pakatan

$
0
0
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini menyeru kepada pengundi untuk mengenepikan amaran yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghancurkan Malaysia.
Dalam blog yang diterbitkan, Zaid mengatakan Dr Mahathir dan Anwar menghentam sesama sendiri dan mengatakan Anwar lebih baik dari segi integriti moral, perhubungan dengan masyarakat luar bandar dan pengaruh Islam.
Zaid berkata, kenyataan terbaru Dr Mahathir tidak boleh dilihat sebagai objektif kerana datang daripada seseorang yang "terkedu" apabila Anwar masih kekal walaupun menghadapi “tsunami” dalam karier politiknya.
Zaid dalam blognya mengatakan jika Anwar menjadi perdana menteri, ia adalah “kekalahan terbesar” Dr Mahathir.
“Dr M tidak boleh menerima hakikat bahawa individu yang beliau tentang dengan seluruh jentera kerajaan masih lagi pemimpin politik yang lebih popular dari beliau,” kata Zaid lagi.
Ahli politik yang mempunyai sejarah politik berwarna warni, dari menjadi menteri di Umno kepada pemimpin di PKR, mengatakan PR seharusnya diberi peluang untuk memerintah, walaupun Dr Mahathir berulang kali mengkritik tentang pakatan pembangkang yang sukar untuk membentuk kerajaan.
Zaid bersetuju Anwar “tidak banyak melakukan perkara baik” ketika beliau menyertai Umno, atau semasa beliau menjadi menteri pendidikan atau timbalan perdana menteri. “Beliau bukanlah seorang pelopor,” kata Zaid lagi.
“Beliau sombong, feudalistik, keras kepala, dan lebih berminat untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam parti berbanding perubahan.”
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913