Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Salahudin: Pindah kubur Pengerang tak ikut prosedur

$
0
0
Naib presiden PAS Salahudin Ayub mendakwa kubur dan empat perkuburan Islam di Pengerang, Johor, digali dan dipindahkan daripada tapak asal mengikut prosedur yang betul.
Beliau mendakwa, Perbadanan Islam Johor ditugaskan untuk memindahkan kubur berkenaan.

NONESalahudin berkata sebanyak 249 kubur digali di antara 21 Disember dan 28 Disember tahun lalu, tanpa pengawasan daripada Jabatan Agama Islam Johor, pejabat kadi dan jabatan kesihatan negeri.

"(Jenazah) ditindan di atas satu sama lain di bawah sebuah pokok... Ia kemudiannya ditempatkan di kubur tohor sedalam 15 inci (38cm).

"Ini tidak akan menghalang binatang liar daripada menggali (jenazah)," katanya.

Pengerusi gabungan NGO Pengerang Anis Afida Mohd Azli berkata tapak kubur baru itu juga tidak dipagar dan kawasan tersebut berlumpur.

Beliau turut menunjukkan gambar kubur yang digali semula.

Mufti Johor pada minggu lalu menggesa agar pemindahan kubur berkenaan ditangguhkan sehingga tapak baru sedia untuk digunakan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913