KUALA LUMPUR 7 Jan : Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan
agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.
Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.
Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.
Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.
“Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.
“Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.
“Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih” kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.
HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>