SHAH ALAM 10 JAN : Lebih 50 orang penduduk di sekitar Pandan hari ini
berhimpun di Wisma Rozali di sini bagi menggesa Syarikat Bekalan Air
Selangor (Syabas) memulihkan bekalan air di kawasan terbabit yang
terputus bekalan sejak dua minggu lalu.
Penduduk bersama badan bukan kerajaan (NGO), Hak Air Untuk Rakyat (Hayat) mula berkumpul di Wisma Rozali pada jam 12 tengah hari bagi menghantar memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail.
Mereka turut membawa sepanduk yang tertera antaranya ‘Syabas terbabas’, ‘Syabas tidak boleh harap’, ‘kembalikan hak rakyat’ dan ‘disebabkan Syabas anak kami tidak ke sekolah’ serta ‘disebabkan Syabas peniaga tidak dapat berniaga’.
Pengerusi Hayat, Arshad Ahmad berkata rata-rata penduduk di sekitar Ampang tidak berpuas hati dengan Syabas kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
Katanya, Syabas dilihat cuba mempolitikkan isu air demi kepentingan pihak lain dan menyalahkan Kerajaan Negeri.
“Penduduk kesal dengan apa yang berlaku, Syabas tidak sepatutnya membangkitkan kemarahan rakyat.
“Kami juga mendesak Syabas supaya menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, Arshad mendakwa Syabas hanya menghantar lori bekalan air kepada penduduk hanya sekali dalam tempoh dua minggu ini.
Beliau menambah penduduk tidak teragak-agak untuk menyaman Syabas sekiranya bekalan air tidak dipulihkan dengan segera.
Read More / Baca Lagi >>